Tuesday, October 27, 2009

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN AKHIR SUDAH BERMULA

Warga Staf Jabatan Seramik Mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan dan Selamat Menjalani Penilaian Kursus.
Semoga semua sudah bersedia dan sama-samalah kita doakan kejayaan.

Selamat Maju Jaya!!

Wednesday, October 21, 2009

Penilaian Kuliah Secara Online

Mohon semua pelajar AD115 melakukan penilaian semua kuliah yang terlibat secara online di laman I-Learn. Penilaian secara online ini adalah pertama kali dilakukan pada semester ini. Sebelum ini pelajar menggunakan borang penilaian OMR secara manual. Di harap semua pelajar dapat melaksanakan penilaian terhadap semua kursus yang terlibat. Sila layari:
http://i-learn.uitm.edu.my/login.php

Sila Baca dan Renungi...


Monday, October 19, 2009

Bekas Pelajar Diploma AD115 UiTM Perak Akan Menerima Anugerah di dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar UiTM Perak 2009

Bekas pelajar diploma AD115 UiTM Perak iaitu Syaza Abdul Rahim akan menerima anugerah kecemerlangan pelajar di dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar yang akan diadakan pada 21 Oktober 2009, Jam 8.00 malam, Dewan Seri Iskandar UiTM Perak. Anugerah ini adalah berdasarkan sumbangan aktiviti beliau yang telah mengharumkan nama UiTM Perak.

Penyelidikan produk inovasi projek akhir diploma beliau iaitu bertajuk 'Ceramic Fresh Fruit Bowl' telah memenangi di dalam dua peringkat pertandingan iaitu Pingat Perak di dalam Pertandingan Penyelidikan Invention Innovation Design (IID) 2009, anjuran UiTM Malaysia dan Pingat Perak di dalam Pertandingan Penyelidikan 'International Exposition of Research and Invention of Institutions of Higher Learning' (PECIPTA) 2009, anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Universiti Malaya.

Untuk makluman semua, penyelidikan beliau ini juga telah terpilih bertanding untuk ke peringkat antarabangsa iaitu di Seoul International Invention Fair 2009, Korea yang akan diadakan pada awal bulan Disember 2009 nanti. Semoga penyelidikan beliau akan terus menyumbangkan pingat dan mengharumkan nama UiTM serta negara di mata dunia.

Wednesday, October 14, 2009

Pensyarah AD115 Menang Pingat Emas di dalam Expo Inovasi UiTM Perak 2009

Keputusan pertandingan penyelidikan iaitu Expo Inovasi UiTM Perak telah diumumkan bahawa salah seorang peserta pertandingan merupakan pensyarah Jabatan Seramik UiTM Perak iaitu Cik Salwa Ayob telah memenangi pingat emas. Tajuk penyelidikan beliau adalah Jasad Seramik Abu Gunung Berapi Toba. Pertandingan ini disertai seramai 28 penyertaan yang terdiri daripada pelbagai fakulti. Tahniah diucapkan! Semoga penyertaan produk inovasi beliau ini di dalam pertandingan penyelidikan IID 2010 pada bulan Januari 2010 akan lebih cemerlang.

Saturday, October 10, 2009

Produk Pelajar Seramik Menang Lagi Di PECIPTA 2009... 1 Pingat Perak




Satu pertandingan rekacipta iaitu International Exposition of Research and Invention of Institutions of Higher Learning (PECIPTA) 2009 telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Pertandingan ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti Malaya yang bermula pada 8 Oktober hingga 10 Oktober 2009. Pertandingan ini telah disertai sebanyak 500 peryertaan penyelidikan inovasi dari pelbagai universiti di Malaysia. Universiti Teknologi MARA telah menghantar sebanyak 59 penyelidikan untuk bertanding.



Penyelidikan daripada FSSR UiTM Perak dipilih sebanyak 3 produk inovasi iaitu 2 daripada Jabatan Seramik dan satu daripada Jabatan Fesyen. Penyertaan dari Jabatan Seramik adalah terdiri daripada satu produk pensyarah dan satu projek pelajar. Hanya produk inovasi pelajar tersebut yang bertajuk Fresh Fruit Bowl telah memenangi 1 pingat perak untuk UiTM Perak di dalam pertandingan ini.

Produk inovasi pelajar ini merupakan kesinambungan daripada projek akhir diploma pelajar berkenaan iaitu Syaza Abdul Rahim (sekarang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda di UiTM Shah Alam) yang telah memenangi juga pingat perak di dalam pertandingan IID 2009 yang lepas. Walaupun beliau merupakan pelajar UiTM Shah Alam, tetapi projek ini telah didaftarkan di UiTM Perak dibawah seliaan pensyarah En. Mohd Khairi Baharom. Semoga kejayaan ini dijadikan sebagai pembakar semangat kepada pelajar di Jabatan Seramik UiTM Perak dan Shah Alam untuk maju kehadapan menghasilkan produk inovasi yang lebih bermutu tinggi.

Tahniah kepada semua penyelidik yang terlibat.

Penyelidikan daripada FSSR UiTM Perak:

1) Tajuk : Ceramic Fresh Fruit Bowl (Pingat Perak)
Penyelidik : (Jabatan Seramik)
a) Syaza Abdul Rahim (Ketua Penyelidik)
b) Mohd Khairi Baharom (Penyelia Projek)

2) Tajuk : Portable Tunnel Kiln
Penyelidik: (Jabatan Seramik)
a) Khairul Nizan Mohd Aris
b) Shamshuri Jamaluddin
c) Mohamad Hafis Md Isa

3) Tajuk: iPaton
Penyelidik : (Jabatan Fesyen)
a) Zolina Mohamad
b) Khairul Azlan Abd Karim
c) Mohd Hafizz Mohd Rusuki

Friday, October 9, 2009

Bolehkah karya seni anda dipatenkan?

Jika rekabentuk karya anda telah ditiru. Bagaimanakah caranya jika anda hendak membuat sebarang tuntutan perundangan akibat peniruan tersebut? Untuk mendapatkan kepastian tentang apakah itu paten dan bagaimana hendak mendaftarkan karya seni anda untuk perlindungan harta intelek, sila layari:
http://sculp2r.blogspot.com/2009/10/karya-seni-dan-harta-intelek.html

Sunday, October 4, 2009