Tuesday, December 16, 2014

Tahniah....

Tahniah diucapkan kepada:
  1. Dr. Salwa dan kumpulan nya yang telah memenangi pingat Gangsa di pertandingan Research, Invention, Innovation and Design 2014 yang berlangsung di UiTM Melaka pada 13-14 Disember 2014 yang lalu. Hasil kajian bertajuk Glow In The Dark Light Switch Covers Based on Trong Clay and SrAI204:EU, DY Green Phosphor ini turut disertai oleh Dr. Nornazida Awang, Siti Norhashimah Suman, Mohd Saleh Abd. Wahab dan Mohd Shahrol Hanafi b. Mohd Raffie. 
  2. En. Zulkarnian Hassan kerana telah memenangi Hadiah Minor dalam Pertandingan seni Lukis Terbuka Pulau Pinang pada 13 Disember yang lalu. pameran dibuka pada orang ramai dari 3 Disember sehingga 28 Februari 2015 di Muzium Negeri Pulau Pinang.

Wednesday, October 29, 2014

Jabatan Seramik UiTM Perak memenangi perak dalam pertandingan AKPIM 14.

Jabatan seramik telah menyertai pertandingan Anugerah Kecemerlangan Perhubungan Industri, Masyarakat dan Alumni (AKPIM14) yang telah diadakan pada 20-21 Oktober 2014 bertempat di UiTM Shah Alam.
Dalam pertandingan itu, program Ceramic Knowledge For Better Alumni and Community (C-Knowledge) yang telah dijalankan oleh Jabatan Seramik sebelum ini dinobatkan memenangi pingat Perak dalam kategori Alumni.
Sekalung tahniah kepada ketua pasukan, Puan Siti Maryam Ali Yasin beserta ahli-ahlinya. Dalam pertandingan ini juga, UiTM Perak telah memenangi Anugerah Keseluruhan AKPIM 2014 (Anugerah Platinum).

Monday, October 27, 2014

Royal Belum International Festival - The Finale @ Dataran Ipoh 2014

Sempena dengan program Royal Belum International Festival, Jabatan Seramik telah menyertai pameran dan jualan di Dataran Ipoh. pelbagai hasil produk seramik turut dijual sempena program yang berjalan selama 3 hari.

 

 

 

 

 

Penilaian dan Pameran Diploma Jabatan Seramik FSSR UiTM Perak

Pada 13 dan 14 Oktober yang lalu telah berlangsungnya penilaian akhir pelajar diploma Seramik sesi Jun - Oktober 2014. Seramai 46 pelajar tahun akhir mempamerkan karya masing-masing. Lanjutan dari itu, pameran diploma diadakan  pada 15 dan 16 oktober. Pameran adalah karya yang terpilih dari penilaian yang telah dibuat.



 

 

 

 

 
 
 

  
 



 
 

Tuesday, September 23, 2014

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN KEPADA PELAJAR DIPLOMA SERAMIK SEMESTER JUN - NOVEMBER 2014

Sunday, August 17, 2014

Team Building Seramik -

Pada hari Ahad yang lalu (10/8/2014), Jabatan Seramik telah mengadakan aktiviti 'Team Building' bertempat di Teluk Batik, Lumut. Program di hiasi dengan aktiviti santai pelajar - pelajar dan turut disertai oleh para pensyarah jabatan seramik.

 
 

 

 

 

 

 


 

Monday, August 4, 2014

Lawatan ke Johor Darul Takzim

Pada 20-23 Jun yang lalu, seramai 15 pelajar semester 02 telah mengadakan lawatan akademik ke Johor. Beberapa tempat khususnya yang melibatkan perusahaan seramik telah dilawati seperti Claytan Industries (pipes), Claytan Fine China (tableware) JPC-Intan (sanitaryware), White Horse Ceramic World, AW Pottery, Johor Craft dan Pusat Kraftangan Johor . Pensyarah yang mengiring pelajar adalah En. Zulkarnian b. Hassan dan En. Shamshuri b. Jamaludin.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Jabatan Seramik mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga seramik. Maaf zahir dan batin.

Thursday, July 10, 2014

iidex 2014 - UiTM Shah Alam 27-30 April 2014.

Tahniah kepada peserta iidex2014 dari UiTM Perak yang telah menyertai pertandingan ini dengan jayanya. Dari jabatan seramik, beberapa kumpulan telah menyertai pertandingan ini.



Kategori Inventor/ Invention

Tajuk Projek: A New Direction in Study an application of Trong Clay and srAl2O4:Eu2+,Dy3+ persistent phosphor (Emas)
Ahli : Dr. Nornazida bt. Awang (Ketua)
          Dr. Salwa bt Ayob
          Mohd. Shahrol Hanafi b. Mohd Raffie
          Siti Norhashimah bt. Suman
          Mohd. Saleh b. Abd Wahab

Kategori Inventor/ Innovation

Tajuk Projek: Preservation for The Last Singgora (Perak)
Ahli : Zulkarnian b. Hassan (Ketua)
 
Tajuk Projek: Artableware Towards New Lifestyle (Gangsa)
Ahli : Mohd. Saleh b. Abd Wahab (Ketua)  

Monday, April 7, 2014

PAMERAN DIPLOMA JABATAN SERAMIK SESI NOVEMBER 2013 - APRIL2014

Pameran Diploma Jabatan Seramik akan diadakan pada 10-11 April 2014 (Khamis dan Jumaat). Dijemput semua untuk hadir ke pameran ini yang diadakan di bilik TEC104, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Perak.






Sunday, March 23, 2014

Selamat Menduduki Peperiksaan

Kepada pelajar seramik, diucapkan selamat menduduki peperiksaan yang bermula pada 24/3 sehingga 11/4/2014. Semoga mencapai keputusan yang cemerlang pada peperiksaan kali ini.

Friday, March 21, 2014

Selangkah ke UiTM di RTC Gopeng

Jabatan Seramik dan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka akan berada di khemah yang disediakan di RTC Gopeng bagi tujuan memberi maklumat yang lebih tepat tentang kursus yang ditawarkan dalam pengajian dan prospek kerjaya melibatkan Jabatan Seramik dan FSSR umumnya. Bagi pelajar lepasan SPM yang berminat,  datanglah ke RTC Gopeng pada 22 dan 23 Mac 2014 bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Wednesday, February 26, 2014

Tahniah kepada peserta dan pemenang pertandingan rekacipta Bahan Kitar semula.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang pertandingan rekacipta bahan kitar semula dari jabatan seramik sempena bulan inovasi UiTM Perak. semoga semangat untuk bertanding diteruskan dimasa akan datang.

Sebahagian pemenang Pertandingan Rekacipta.

Fun With Clay di Jabatan Seramik.

Bertempat di Bengkel Seramik, diadakan program 'Fun With Clay' anjuran Persatuan Jabatan Seramik. Bertarikh 13 Februari, program yang terbahagi dua sesi ini melibatkan murid - murid dari Tadika Perpaduan Seri Iskandar dan Sekolah Kebangsaan Seri Tronoh.

Sepanjang program dengan bantuan AJK Persemi dan pelajar Seramik, murid - murid diberi pendedahan tentang tanah liat dan cara memanipulasi tanah liat untuk membentuk objek.







Beyond 14

Pada 6,7 dan 8 Februari yang lalu berlangsungnya program Beyond 14 anjuran FSSR dan PORT (People of Remarkable Talents). Bertempat di Koloni Karyawan Aman Jaya, Port, Ipoh, aktiviti selama 3 hari ini diisi dengan program latihan yang melibatkan Jabatan Seramik (6/2), Fesyen (7/2) dan Fotografi (8/2).

Pada 6/2/2014, Jabatan Seramik menawarkan latihan Ceramic Creative hand built, Ceramic decorative technique dan Ceramic Industrial Slip Casting technique.

Team Building - Be An Excellent Thru

TEAM BUILDING JABATAN SERAMIK.
TARIKH   :  17 - 19/1/2014
TEMPAT  :   KEM INTAN SURAYA, SUNGAI SIPUT.

Syabas kepada En. Mohd Saleh selaku pensyarah penasihat persatuan seramik (PERSEMI) bersama Ajk persatuan yang telah bertungkus lumus menjayakan team building Jabatan Seramik yang julung - julung kali diadakan ini. Para peserta yang terdiri dari pelajar Jabatan Seramik seramai 50 orang berkumpul do Foyer FSSR dan bertolak pada pukul 8.30 pagi.

Aktiviti team building melibatkan pembinaan jati diri, kerjasama dalam satu kumpulan, innovasi, peluang kerjaya dan kesedaran insaniah.

Turut diselitkan dalam program ini adalah majlis jamuan makan malam jabatan pada 18/1 yang bertemakan 'percutian alam rimba'.