Monday, October 19, 2009

Bekas Pelajar Diploma AD115 UiTM Perak Akan Menerima Anugerah di dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar UiTM Perak 2009

Bekas pelajar diploma AD115 UiTM Perak iaitu Syaza Abdul Rahim akan menerima anugerah kecemerlangan pelajar di dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar yang akan diadakan pada 21 Oktober 2009, Jam 8.00 malam, Dewan Seri Iskandar UiTM Perak. Anugerah ini adalah berdasarkan sumbangan aktiviti beliau yang telah mengharumkan nama UiTM Perak.

Penyelidikan produk inovasi projek akhir diploma beliau iaitu bertajuk 'Ceramic Fresh Fruit Bowl' telah memenangi di dalam dua peringkat pertandingan iaitu Pingat Perak di dalam Pertandingan Penyelidikan Invention Innovation Design (IID) 2009, anjuran UiTM Malaysia dan Pingat Perak di dalam Pertandingan Penyelidikan 'International Exposition of Research and Invention of Institutions of Higher Learning' (PECIPTA) 2009, anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Universiti Malaya.

Untuk makluman semua, penyelidikan beliau ini juga telah terpilih bertanding untuk ke peringkat antarabangsa iaitu di Seoul International Invention Fair 2009, Korea yang akan diadakan pada awal bulan Disember 2009 nanti. Semoga penyelidikan beliau akan terus menyumbangkan pingat dan mengharumkan nama UiTM serta negara di mata dunia.

No comments:

Post a Comment