Tuesday, August 16, 2016

Pameran 'Unexpected - An Art Expression by 01 (June - Oct 2016)

Satu pameran bertajuk Unexpected - An Art Expression by 01 (June - October 2016) telah berlangsung di perkarangan lobby Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar pada 17 Ogos 2016. Majlis pembukaan pameran ini dilakukan oleh Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni iaitu Dr Nur Hisham Ibrahim.
Pameran ini memperlihatkan hasil karya kreativiti pelajar bahagian 01 yang mengketengahkan reka corak yang terhasil daripada susunan pelbagai garisan. Berdasarkan maklumat daripada para pensyarah yang terlibat, karya ini dihasilkan melalui kesan garisan-garisan menggunakan peralatan dari alam sekeliling seperti rating kayu, sabut, daun, dan lain-lain lagi bersama ink hitam. Pelajar akan mengenalpasti satu bahagian lukisan yang terhasil dan dicetak secara berulang-ulang dan pelbagai. Hasil proses ini telah mengeluarkan satu imej reka corak bersifat kontemporari berdasarkan ekspresi dan kreativiti para pelajar berkenaan serta pemahaman mereka terhadap elemen dan prinsip seni lukis dan seni reka.
Syabas dan tahniah kepada semua pensyarah jabatan asas seni dan para pelajar yang terlibat iaitu terdiri daripada pelbagai jabatan di FSSR UiTM Cawangan Perak kerana telah menjayakan pameran ini.

No comments:

Post a Comment