Tuesday, January 19, 2016

Produk Cenderahati 30 Tahun UiTM Cawangan Perak Hasil Keluaran Jabatan Seramik

Pada awal Januari 2016, kumpulan ARMess (Special Interest Group) daripada Jabatan Seramik telah menghasilkan reka bentuk produk cenderahati 30 Tahun UiTM Cawangan Perak. Nama ARMess ini adalah singkatan kepada "Art Meets Science" telah dibentuk pada penghujung tahun 2015 yang lalu. Ahli-ahli ARMess ini majoritinya terdiri daripada pensyarah di Jabatan Seramik iaitu, Dr Mohd Khairi Baharom (Ketua), En. Mohd Shahrol Hanafi Mohd Raffie, Pn Siti Maryam Ali Yasin, En. Zulkarnian Hassan, Pn Haslinda Md Nazri, En Noor Ashraf Noor Othman, En. Khairul Nizan Mohd Aris dan seorang ahli daripada Jabatan Grafik & Media Digital iaitu Dr Nur Hisham Ibrahim.


Fridge Magnet 30 Tahun UiTM Cawangan Perak



Set Kole (Mug Set) 30 Tahun UiTM Cawangan Perak



Reka bentuk produk cenderahati seramik ini dihasilkan dua jenis iaitu set kole (mug set) dan 'fridge magnet'. . Produk set kole ini direka dengan diterapkan elemen gaya kontemporari yang agak berlainan daripada set kole yang ada dipasaran tempatan. Warna yang digunakan juga disesuaikan dengan trend warna semasa. Apa yang menariknya, keluaran set kole peringkat pertama yang dihasilkan adalah edisi terhad di mana rekabentuk peringkat kedua akan menampilkan rekaan berlainan yang memberikan variasi pilihan kepada pengumpul set kole. Reka bentuk logo 30 Tahun UiTM Cawangan Perak telah dihasilkan oleh Dr Nur Hisham Ibrahim. Logo pada cenderahati ini telah dihasilkan menggunakan teknik 'decal' dan dipadankan pada permukaan 'fridge magnet' dan piring set kole.

Majlis pelancaran produk ini telah dilakukan pada 30 Disember 2015 di dalam Majlis Kemuncak Bulan Inovasi 2015 di Dewan Seri Iskandar, UiTM Cawangan Perak. Kedua-dua produk ini mula dijual di Art Shop, UiTM Cawangan Perak dengan harga yang berpatutan.

No comments:

Post a Comment