Thursday, July 18, 2013

Lawatan akademik Semester 1, Jabatan Seramik ke Melaka.

Pada 5 - 7 Julai yang lalu, pelajar semester 1 Jabatan Seramik telah mengadakan lawatan ke Melaka. beberapa tempat telah dilawati seperti Bendang Studio dan kraftangan Melaka di Alor Gajah, Subra Enterprise di Jasin serta Balai Seni Lukis  Negeri Melaka dan muzium - muzium disekitar bandar Hilir.

Bendang Studio adalah milik Rozana Musa, seorang graduan lulusan seramik, UiTM. selain dari menghasilkan karya seni seramik. Beliau turut menghasilkan pelbagai barangan seramik yang menarik serta cenderamata untuk jualan. Usaha gigih beliau patut dicontohi oleh semua pelajar seramik.





 Alamat : Km 20 Kampung Sungai Petai 
 78000 Alor Gajah, Melaka.
 
 
 
 



Antara produk seramik yang dihasilkan di Subra enterprise.
 

No comments:

Post a Comment