Saturday, May 16, 2009

Pensyarah AD115 UiTM Perak Memenangi Pingat Gangsa Dalam Pertandingan Penyelidikan ITEX 2009, Kuala Lumpur



Adalah dimaklumkan bahawa, penyelidik-penyelidik yang terdiri daripada pensyarah Jabatan Seramik AD115 telah menyertai satu pertandingan penyelidikan inovasi iaitu 20th International Invention Innovation & Technology Exhibition 2009 (ITEX 2009). Pertandingan ini bermula 15 hingga 17 Mei 2009 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur telah mempertandingkan lebih kurang 600 penyelidikan yang melibatkan pelbagai agensi, organisasi, universiti dari dalam dan luar negara. Penyelidik daripada Jabatan Seramik AD115 UiTM Perak telah menghantar satu penyelidikan yang bertajuk 'Soft Pastel for Ceramic Underglaze Decoration Using Oxide Colorant' dan memenangi Pingat Gangsa bagi kategori 'Industrial Material'. Penyelidik-penyelidik yang terlibat dalam penyelidikan ini ialah En. Mohd Khairi Bin Baharom, En. Mohd Shahrol Hanafi Mohd Raffie dan Cik Nur Miswarini binti Mat Din.

No comments:

Post a Comment