Wednesday, April 6, 2016

CERAMIC DIPLOMA SHOW


7 & 8 April 2015
9.00 pagi hingga 5.00 ptg
Galeri Al Biruni, 
FSSR UiTM Cawangan Perak
Kampus Seri Iskandar

MASUK ADALAH PERCUMA. SEMUA DIJEMPUT HADIR








MAJLIS KEMPEN AKSESIBILITI PERINGKAT NEGERI PERAK, PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM) CAWANGAN PERAK

Pada 30 Januari 2016, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (Society of The Blind in Malaysia –SBM) Cawangan Perak telah mengadakan satu pelancaran Kempen Aksesibiliti Peringkat Negeri Perak. Kempen ini diadakan di ruang hadapan bangunan pejabat pertubuhan berkenaan iaitu di Lintasan Perhentian Medan Kidd, Ipoh Perak. Pihak UiTM Cawangan Perak telah dijemput bersama-sama menjayakan program ini.
 
Kempen Aksesibiliti merupakan satu usaha pertubuhan ini menghebahkan kepada masyarakat tentang kepentingan kemampuan kemudahan persekitaran termasuk bangunan (luar dan dalam), produk, alatan teknologi, pengangkutan dan seumpamanya, berupaya berfungsi untuk kegunaan golongan orang kurang upaya (OKU). Kempen ini diperlukan untuk mendidik masyarakat supaya sedar tentang keperluan kemudahan untuk golongan OKU ini. Kesedaran ini diperlukan memandangkan ramai masyarakat Malaysia masih tidak memahami dan mengambil sikap sambil lewa apabila berada atau melalui kawasan dan ruang kemudahan golongan OKU, seperti tempat parkir khas OKU dan tactile pavement untuk OKU penglihatan.

Program ini telah dihadiri ramai jemputan daripada pertubuhan cacat penglihatan pelbagai cawangan dalam negeri Perak. UiTM Cawangan Perak telah menghantar sekumpulan pelajar seramai 17 orang daripada FSSR untuk menjayakan bersama kempen ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Zainol Fadzi b. Haji Paharudin, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam Infrastruktur Tenaga dan Air Perak Darul Ridzuan.