Wednesday, February 26, 2014

Tahniah kepada peserta dan pemenang pertandingan rekacipta Bahan Kitar semula.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang pertandingan rekacipta bahan kitar semula dari jabatan seramik sempena bulan inovasi UiTM Perak. semoga semangat untuk bertanding diteruskan dimasa akan datang.

Sebahagian pemenang Pertandingan Rekacipta.

Fun With Clay di Jabatan Seramik.

Bertempat di Bengkel Seramik, diadakan program 'Fun With Clay' anjuran Persatuan Jabatan Seramik. Bertarikh 13 Februari, program yang terbahagi dua sesi ini melibatkan murid - murid dari Tadika Perpaduan Seri Iskandar dan Sekolah Kebangsaan Seri Tronoh.

Sepanjang program dengan bantuan AJK Persemi dan pelajar Seramik, murid - murid diberi pendedahan tentang tanah liat dan cara memanipulasi tanah liat untuk membentuk objek.







Beyond 14

Pada 6,7 dan 8 Februari yang lalu berlangsungnya program Beyond 14 anjuran FSSR dan PORT (People of Remarkable Talents). Bertempat di Koloni Karyawan Aman Jaya, Port, Ipoh, aktiviti selama 3 hari ini diisi dengan program latihan yang melibatkan Jabatan Seramik (6/2), Fesyen (7/2) dan Fotografi (8/2).

Pada 6/2/2014, Jabatan Seramik menawarkan latihan Ceramic Creative hand built, Ceramic decorative technique dan Ceramic Industrial Slip Casting technique.

Team Building - Be An Excellent Thru

TEAM BUILDING JABATAN SERAMIK.
TARIKH   :  17 - 19/1/2014
TEMPAT  :   KEM INTAN SURAYA, SUNGAI SIPUT.

Syabas kepada En. Mohd Saleh selaku pensyarah penasihat persatuan seramik (PERSEMI) bersama Ajk persatuan yang telah bertungkus lumus menjayakan team building Jabatan Seramik yang julung - julung kali diadakan ini. Para peserta yang terdiri dari pelajar Jabatan Seramik seramai 50 orang berkumpul do Foyer FSSR dan bertolak pada pukul 8.30 pagi.

Aktiviti team building melibatkan pembinaan jati diri, kerjasama dalam satu kumpulan, innovasi, peluang kerjaya dan kesedaran insaniah.

Turut diselitkan dalam program ini adalah majlis jamuan makan malam jabatan pada 18/1 yang bertemakan 'percutian alam rimba'.











Lawatan Akademik sempena Ikon Perak 2014

Lawatan ini melibatkan pelajar - pelajar seramik semester 05 dan 01. Antara tempat yang dilawati Kellie's Castle, Taman Herba di Gopeng, Gua Tempurung dan Kapal Korek. Lawatan ini bersempena dengan tema projek pelajar yang berkisar tentang ikon di negeri Perak. Lawatan yang diadakan pada 19 Disember 2013 yang lalu turut disertai oleh Puan Siti Norhashimah dan En. Mohd Saleh sebagai pensyarah pengiring.

Di hadapan Bangunan Kellie's Castle
 

Di Pintu Masuk Gua Tempurung

Lawatan Akademik Ke Jerantut, Pahang

Pelajar Jabatan Seramik Semester 3 telah menyertai lawatan ke Jerantut Pahang pada 13 - 16 Disember 2013 yang lalu. Selama 4 hari itu, pelajar berkampung di Temin Kraf, sebuah pusat penghasilan seramik tradisional di Jerantut bagi mempelajari kaedah penghasilan seramik tradisional Pahang yang terkenal - Terenang. Pada hari terakhir, pelajar dibawa ke Taman Negara.