Monday, September 9, 2013

Senandung Adibudi Aidilfitri

Bertempat di D' hotel Seri Iskandar, berlangsungnya Majlis Makan Malam Jabatan Seramik sekaligus Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Program ini diadakan pada 24 Ogos yang lalu dianjurkan oleh PERSEMI dan dikawalselia oleh En. Saleh Abd. Wahab selaku penasihat persatuan.





Barisan AJK PERSEMI 2013









 
Sketsa dari pelajar Semester 03
 
Persembahan dari pelajar Semester 02

Tuesday, September 3, 2013

Silver medal di Novel Research and Innovation Competition

Peserta Jabatan Seramik dengan bimbingan Encik Zulkarnian b. Hassan telah berjaya membawa pulang pingat perak dalam penyertaan pertandingan NRIC 2013 yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 19-22 Ogos yang lalu. Pelajar yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada Maizatul Azira Jalal, Muhammad Azamuddin Darwisy Mohd Sapii dan Nur Syahirah Amirah Sabdin.

NRIC 2013 merupakan pertandingan inovasi (bertaraf ASEAN) yang di sertai oleh pelajar - pelajar IPTA / IPTS bagi mempamerkan project mereka.

Permarkahan & pengadilan projek pelajar mengikut piawaian British Innovation Showcase .
selain dari Jabatan Seramik, UiTM Perak turut menghantar 6 pasukan pelajar daripada FSKM (1 pasukan) , FSPU (3 pasukan) , dan FSSR (2 pasukan).


UiTM Perak turut memenangi 2 pingat gangsa iaitu bagi pasukan dari Jabatan Grafik dan FSPU.
 Sekalung tahniah untuk usaha yang dijalankan oleh En. Zulkarnian dan pelajar - pelajarnya.



Peserta Jabatan Seramik yang mengambil bahagian 


Sesi penerangan tentang produk seramik yang dipertandingkan.