Thursday, April 18, 2013

Majlis persaraan Encik Khalil Sulaiman




E. Khalil dan En. Zainon


Majlis persaraan berlangsung pada 18 Februari 2013 yang lalu. Umum mengenali en. Khalil Sulaiman sebagai pensyarah kanan di Jabatan Seramik, FSSR UiTM Perak. Namun lebih dari itu beliau merupakan pengasas Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka  di UiTM Cawangan Perak yang mula menerima pengambilan pelajar pada tahun 1996. En. Khalil Sulaiman memilih untuk bersara awal selepas berkhidmat 25 tahun di UiTM.



Cenderahati dari Jabatan Seramik

En. Khalil dan pensyarah seramik
En. Khalil dan pensyarah lelaki FSSR.

Wednesday, April 17, 2013

Penutup Semester Disember 2012 - April 2013

Aktiviti penutup bagi semester ini adalah program gotong royong yang dijalankan pada 17 April 2013. Ianya melibatkan pelajar semester akhir jabatan seramik membersihkan kawasan studio mereka serta bilik pembakaran. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memastikan bilik studio tahun akhir dan bilik pembakaran bersih, kemas dan teratur. Yang paling penting sekali adalah memupuk sikap bertanggung jawab di kalangan pelajar. Kepada pelajar tahun akhir, diucapkan semoga berjaya keperingkat yang lebih tinggi.

Thursday, April 11, 2013



JEMPUTAN KE DIPLOMA SHOW JABATAN SERAMIK UITM PERAK.

SAKSIKAN REKAAN PRODUK SERAMIK YANG KREATIF BERTEMAKAN 'SENI WARISAN MALAYSIA' HASIL KARYA PELAJAR TAHUN AKHIR SEMESTER DIS 2012-APRIL 2013.

LOKASI: BILIK TEC 107 FAKULTI SENI LUKIS DAN SENI REKA, UITM PERAK
TARIKH: 12,15 & 16 APRIL 2013
MASA: 9PG - 5PTG

SEMUA DIJEMPUT HADIR