Thursday, April 15, 2010

Fakulti Professional Talk

Semester ini FSSR UiTM Perak telah mengadakan Arts Day dengan meriahnya yang dianjurkan oleh Kasira (Persatuan Pelajar FSSR) selama 3 hari berturut-turut.Program yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar ini mendapat sambutan yang menggalakan dari semua warga kampus UiTM Perak. Bermacam-macam program yang di adakan seperti jualan artwork, professional talk,Larian Bumi dan kemuncaknya adalah makan malam perdana yang turut disertai oleh M.Nasir.
Jabatan Seramik terpilih untuk mengendalikan Professional Talk yang mana tamu kehormatnya ialah Sifu M.Nasir yang memberi talk mengenai seni,imaginasi dan rasa. Selain dari itu jabatan seramik turut mengendalikan jualan karya selama tiga hari berturut itu yang melibatkan semua jabatan iaitu Seni Halus,Fesyen,Grafik dan Fotografi.

Terima kasih kepada semua AJK Jabatan yang bertungkus lumus mengendalika program ini dengan jayanya....

Wednesday, April 7, 2010

Fun Clay @ UiTM Perak

Apa yang lebih menyeronokkan sebagai kanak-kanak selain dapat bermain serta didedahkan dengan sesuatu yang baru seperti Tanah liat atau 'clay"..

Bertempat di Bengkel Seramik, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Perak, sebuah bengkel yang dinamakan 'Fun With Clay telah diadakan' di mana kanak-kanak dari Tadika Pintas, Bandar Universiti telah dipilih untuk diberikan pendedahan awal serta pengalaman untuk bermain tanah liat dengan bantuan lebih 10 orang pelajar dari Jabatan Seramik.

Aktiviti yang julung kali diadakan ini adalah merupakan anjuran Persatuan Pelajar Jabatan Seramik iaitu PERSEMI dan Cik Siti Maryam Ali Yasin sebagai penasihat persatuan.


JUALAN SERAMIK DI MUZIUM NEGARA PADA 20-21 MAC 2010

Bertempat di perkarangan Muzium Negara, Jabatan Seramik telah dijemput untuk memeriahkan gerai2 jualan yang diadakan bersempena pameran seramik yang telah diadakan di Muzium Negara.


Selain UiTM Perak, gerai yang terlibat adalah seperti Jabatan Penjara, Kraftangan Kuala Kangsar dan banyak lagi. Terdapat juga demonstrasi pembuatan seramik yang dilakukan oleh Kraftangan Kuala Kangsar.


Semoga dengan pendedahan yang dilakukan oleh pihak Muzium Negara mampu membuka mata masyarakat Malaysia untuk menilai serta mengapresiasi produk seni seramik Malaysia.