Monday, September 28, 2009

pot4sale...... Jualan Produk Seramik....



Persatuan Jabatan Seramik (PERSEMI) UiTM Perak akan mengadakan satu program jualan produk seramik hasil karya pelajar dari jabatan ini. Terdapat kepelbagaian karya seramik yang akan dijual kepada umum nanti. Program jualan ini akan diadakan pada:

Hari Selasa
6 Oktober 2009
Jam 10 pagi hingga 4 petang
Di Foyer FSSR UiTM Perak

Program jualan oleh jabatan seramik ini bukanlah sesuatu yang baru di UiTM Perak. Program ini selalu diadakan setiap tahun. Pada jualan sebelum ini boleh dikatakan amat berjaya sekali. Semoga program jualan pada kali ini akan lebih berjaya...!!

Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...Maaf Zahir dan Batin



Warga staf di Jabatan Seramik ingin menyusun jari memohon keampunan jika ada salah dan silap dan ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI..MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua warga pelajar dan staf Jabatan Seramik di UiTM Perak dan UiTM Shah Alam... Semoga aidilfitri ini mendapat keberkatan kepada semua... Moga selamat pulang dan kembali ke UiTM dengan selamat......

Wednesday, September 9, 2009

Baju Korporat Jabatan Seramik




Tanggal 09/09/09 merupakan detik sejarah bagi Jabatan Seramik UiTM Perak kerana telah bergerak kehadapan dengan memperkenalkan baju korporat Jabatan Seramik UiTM Perak. Pelajar di jabatan ini digalakkan memakai baju korporat ini pada setiap hari Rabu bermula 09/09/09. Pelajar di jabatan kelihatan amat gembira memakai baju korporat ini pada hari pertama dilancarkan. Semoga Jabatan Seramik akan terus bergerak kehadapan......