Thursday, April 23, 2015

Pameran Diploma April 2015 - Inovasi Pencetus Idea Kreatif (IPIK)

Pada 13 hingga 17 April 2015, pelajar semester akhir (bahagian 05) di Jabatan Seramik UiTM (Perak) telah mengadakan Pameran Diploma Seni Lukis dan Seni Reka Seramik April 2015, bertempat di Galeri Al-Biruni UiTM (Perak). Seramai 19 orang pelajar telah menghasilkan pelbagai karya untuk dipamerkan di pameran ini. Tema pameran iaitu Inovasi Pencetus Idea Kreatif (IPIK) memberikan kepelbagaian inspirasi karya kreatif pelajar-pelajar ini dengan mengetengahkan variasi produk dan karya seni seramik. Karya-karya pelajar ini telah memperlihatkan kemahiran seni seramik mereka dengan memberikan satu inovasi idea kreatif secara total.

Majlis pembukaan pameran diadakan pada 15 April 2015 oleh Ketua Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka iaitu Dr. Nur Hisham Ibrahim. Beliau memulakan dengan "Floor Talk", yang membicarakan tentang aspek kepentingan inovasi di dalam bidang seni lukis dan seni reka.Pembukaan ini disaksikan oleh para Koordinator Program FSSR, wakil dari Perpustakaan UiTM (Perak), para pensyarah dan pelajar di Jabatan Seramik. Acara kemuncak pembukaan pameran ini  telah menyaksikan satu acara penyerahan buku terbitan pertama Jabatan Seramik yang berjudul Inovasi Pencetus Idea Kreatif (IPIK); Pameran Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Seramik) April 2015, kepada pihak Perpustakaan UiTM (Perak) sebanyak 3 naskah.

Sepanjang pameran ini berlangsung, ramai pengunjung telah hadir melawat pameran ini seperti pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar perak tengah, MRSM Pasir Salak, para pensyarah UiTM (Perak), para pelajar dan ibu bapa. Apa yang diharapkan agar pameran seumpama ini dapat memberikan impak yang tinggi terhadap perkembangan dan pengetahuan seni seramik kontemporari Malaysia. Diucapkan semoga para pelajar di semester akhir ini dapat menyambung pengajian mereka di bidang seramik ini serta dapat mengimarahkan lagi seni seramik kontemporari di negara ini.




















   

Penerbitan Buku Penulisan Akademik dan Pameran Diploma Seni Lukis dan Seni Reka Seramik April 2015

Pada 15 April 2015, Jabatan Seramik FSSR UiTM (Perak) telah membuat pelancaran buku penulisan akademik dan pameran akhir diploma terbitan pertama jabatan dan yang kedua di FSSR. Penghasilan buku ini memberikan satu anjakan baru terhadap perkembangan ilmu akademik jabatan. Buku ini memuatkan sepuluh (10) penulisan akademik oleh para pensyarah Jabatan Seramik dan juga mengandungi keterangan serta karya-karya  pelajar di semester akhir di jabatan ini.

Projek penerbitan buku ini merupakan inisiatif dalam penyumbangan ilmu pengetahuan seni seramik kepada pembaca atau masyarakat umum. Secara tidak langsung, buku ini juga dapat digunakan oleh para pelajar dan penyelidik sebagai rujukan mereka. Pihak jabatan telah menyerahkan buku ini kepada pihak perpustakaan UiTM (Perak) sebanyak tiga (3) naskah sebagai koleksi perpustakaan dan rujukan para pelajar. Penerbitan ini telah mendapat banyak pujian daripada pihak perpustakaan UiTM (Perak), Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Industri Masyarakat dan Alumni, Ketua Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka serta para pensyarah dari jabatan lain.

Pujian harus diberikan kepada para pelajar Jabatan Seramik di semester 04, di mana mereka ini yang telah bersusah payah menghasilkan reka bentuk dan imej fotografi buku ini. Tahniah juga diberikan kepada para pensyarah yang telah menyumbangkan penulisan mereka. Semoga projek penerbitan buku ini akan menjadi satu tradisi di Jabatan Seramik UiTM (Perak) dan dapat diterbitkan di setiap hujung semester. Kepada mereka yang berminat untuk membeli buku berkenaan yang berharga RM35, boleh membuat pesanan kepada Koordinator Jabatan atau mana-mana pensyarah di Jabatan Seramik.

Muka Hadapan

Hak Cipta dan Jawatankuasa

Isi Kandungan
 
Muka Belakang

Thursday, February 12, 2015

Bicara Seramik: Potensi dan Kerjaya

Pada 10 September 2014 yang lalu, Jabatan Seramik telah menganjurkan satu program perkongsian pengalaman diantara panel penceramah dan para pelajar jabatan seramik. Program Bicara Seramik : Potensi dan kerjaya ini telah di adakan di Dewan Al-Khwarizmi UiTM (Perak) Kampus Seri Iskandar. Ianya telah dihadiri oleh seramai 145 orang pelajar Jabatan Seramik berserta para pensyarahnya. Program ini bertujuan untuk memberi  gambaran sebenar tentang kerjaya dibidang seramik dalam persepsi yang lebih luas. Bertepatan dengan tajuk bicara seramik ini, tiga panel penceramah telah dijemput bagi berkongsi pengalaman. Mereka adalah En. Mohd Al-Khuzairie b. Ali (pengarca muda seramik), Cik Norhafiza binti Mazlan (Eksekutif Pemasaran di Niro Granite Sdn. Bhd.) dan Cik Nor Atika binti Husain (Usahawan Muda Seramik dari Ceramika Enterprise).

Program selama 4 jam ini memberi banyak informasi kepada para peserta yang hadir terutamanya pelajar seramik. Disamping maklumat semasa tentang kerjaya seramik, panel penceramah juga berkongsi pengalaman yang mereka lalui serta nasihat yang amat berguna. Pemilihan penceramah dari latar belakang kerjaya yang berbeza memberikan input program yang lebih pelbagai. Persoalan bagaimana untuk menjadi seorang pengkarya seramik, atau bagaimana menerajui sebuah perusahaan sendiri atau kerjaya seramik bagi sebuah syarikat besar dirungkaikan oleh penceramah yang dijemput. Dikalangan pelajar pula, ini merupakan peluang untuk melihat seramik sebagai satu kerjaya dari pelbagai sudut.

Program bicara seramik ini mendapat respon yang amat baik dari audien. Ini boleh dilihat selepas setiap sesi ceramah, para panel dihujani dengan pelbagai soalan pada setiap perkongsian yang diberikan. Program ini memberi semangat dan dorongan kepada para pelajar seramik untuk meneruskan pengajian dan disamping dapat membuka mata pelajar tentang kerjaya dalam bidang seramik.





Alumni Jabatan Seramik dari kiri (hadapan): Nizar Rahim,  Mohd Al-khuzairie Ali, (kiri- belakang) Atikah Husain dan  Norhafiza Mazlan. 

Sebilangan pelajar Seramik yang mengikuti program ini.

Tuesday, December 16, 2014

Tahniah....

Tahniah diucapkan kepada:
  1. Dr. Salwa dan kumpulan nya yang telah memenangi pingat Gangsa di pertandingan Research, Invention, Innovation and Design 2014 yang berlangsung di UiTM Melaka pada 13-14 Disember 2014 yang lalu. Hasil kajian bertajuk Glow In The Dark Light Switch Covers Based on Trong Clay and SrAI204:EU, DY Green Phosphor ini turut disertai oleh Dr. Nornazida Awang, Siti Norhashimah Suman, Mohd Saleh Abd. Wahab dan Mohd Shahrol Hanafi b. Mohd Raffie. 
  2. En. Zulkarnian Hassan kerana telah memenangi Hadiah Minor dalam Pertandingan seni Lukis Terbuka Pulau Pinang pada 13 Disember yang lalu. pameran dibuka pada orang ramai dari 3 Disember sehingga 28 Februari 2015 di Muzium Negeri Pulau Pinang.

Wednesday, October 29, 2014

Jabatan Seramik UiTM Perak memenangi perak dalam pertandingan AKPIM 14.

Jabatan seramik telah menyertai pertandingan Anugerah Kecemerlangan Perhubungan Industri, Masyarakat dan Alumni (AKPIM14) yang telah diadakan pada 20-21 Oktober 2014 bertempat di UiTM Shah Alam.
Dalam pertandingan itu, program Ceramic Knowledge For Better Alumni and Community (C-Knowledge) yang telah dijalankan oleh Jabatan Seramik sebelum ini dinobatkan memenangi pingat Perak dalam kategori Alumni.
Sekalung tahniah kepada ketua pasukan, Puan Siti Maryam Ali Yasin beserta ahli-ahlinya. Dalam pertandingan ini juga, UiTM Perak telah memenangi Anugerah Keseluruhan AKPIM 2014 (Anugerah Platinum).

Monday, October 27, 2014

Royal Belum International Festival - The Finale @ Dataran Ipoh 2014

Sempena dengan program Royal Belum International Festival, Jabatan Seramik telah menyertai pameran dan jualan di Dataran Ipoh. pelbagai hasil produk seramik turut dijual sempena program yang berjalan selama 3 hari.

 

 

 

 

 

Penilaian dan Pameran Diploma Jabatan Seramik FSSR UiTM Perak

Pada 13 dan 14 Oktober yang lalu telah berlangsungnya penilaian akhir pelajar diploma Seramik sesi Jun - Oktober 2014. Seramai 46 pelajar tahun akhir mempamerkan karya masing-masing. Lanjutan dari itu, pameran diploma diadakan  pada 15 dan 16 oktober. Pameran adalah karya yang terpilih dari penilaian yang telah dibuat.



 

 

 

 

 
 
 

  
 



 
 

Tuesday, September 23, 2014

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN KEPADA PELAJAR DIPLOMA SERAMIK SEMESTER JUN - NOVEMBER 2014

Sunday, August 17, 2014

Team Building Seramik -

Pada hari Ahad yang lalu (10/8/2014), Jabatan Seramik telah mengadakan aktiviti 'Team Building' bertempat di Teluk Batik, Lumut. Program di hiasi dengan aktiviti santai pelajar - pelajar dan turut disertai oleh para pensyarah jabatan seramik.