Pada 10 September 2014 yang lalu, Jabatan Seramik telah
menganjurkan satu program perkongsian pengalaman diantara panel penceramah dan
para pelajar jabatan seramik. Program Bicara Seramik : Potensi dan kerjaya ini telah
di adakan di Dewan Al-Khwarizmi UiTM (Perak) Kampus Seri Iskandar. Ianya telah
dihadiri oleh seramai 145 orang pelajar Jabatan Seramik berserta para pensyarahnya.
Program ini bertujuan untuk memberi
gambaran sebenar tentang kerjaya dibidang seramik dalam persepsi yang
lebih luas. Bertepatan dengan tajuk bicara seramik ini, tiga panel penceramah
telah dijemput bagi berkongsi pengalaman. Mereka adalah En. Mohd Al-Khuzairie
b. Ali (pengarca muda seramik), Cik Norhafiza binti Mazlan (Eksekutif Pemasaran
di Niro Granite Sdn. Bhd.) dan Cik Nor Atika binti Husain (Usahawan Muda
Seramik dari Ceramika Enterprise).
Program selama 4 jam ini memberi banyak informasi kepada para
peserta yang hadir terutamanya pelajar seramik. Disamping maklumat semasa
tentang kerjaya seramik, panel penceramah juga berkongsi pengalaman yang mereka
lalui serta nasihat yang amat berguna. Pemilihan penceramah dari latar belakang
kerjaya yang berbeza memberikan input program yang lebih pelbagai. Persoalan
bagaimana untuk menjadi seorang pengkarya seramik, atau bagaimana menerajui
sebuah perusahaan sendiri atau kerjaya seramik bagi sebuah syarikat besar
dirungkaikan oleh penceramah yang dijemput. Dikalangan pelajar pula, ini
merupakan peluang untuk melihat seramik sebagai satu kerjaya dari pelbagai
sudut.
Program bicara seramik ini mendapat respon yang amat baik
dari audien. Ini boleh dilihat selepas setiap sesi ceramah, para panel dihujani
dengan pelbagai soalan pada setiap perkongsian yang diberikan. Program ini
memberi semangat dan dorongan kepada para pelajar seramik untuk meneruskan
pengajian dan disamping dapat membuka mata pelajar tentang kerjaya dalam bidang
seramik.
Alumni Jabatan Seramik dari kiri (hadapan): Nizar Rahim, Mohd Al-khuzairie Ali, (kiri- belakang) Atikah Husain dan Norhafiza Mazlan. |
Sebilangan pelajar Seramik yang mengikuti program ini. |
No comments:
Post a Comment