Manakala pelajar Jabatan Seramik yang lain, Muhammad Afiq bin Abd Rasid telah memenangi Hadiah Pilihan Juri bagi kategori kayu yang bernilai RM1,000. Bagi kategori seramik juga, Nur Syafikah binti Azman memenangi hadiah pilihan juri dengan membawa pulang hadiah berjumlah RM1,000. Dua lagi produk seramik oleh Nur Najah Mohd Safa (Pn Siti Maryam Ali Yasin sebagai penasihat) dan Nur Afini binti Ahmad Nazri (Pn Siti Maryam Ali Yasin sebagai penasihat) telah memenangi RM500 setiap satu.
Berikut adalah senarai pemenang dari Jabatan Seramik UiTM Cawangan Perak:
1. Hadiah Utama (Kategori Seramik) - RM 3,000.00
Umi Fathinah binti Khuzairi (Ketua) Nurul Aizatti Hanna Mohd Soib dan Hazziqah Zaha Zainuddin
Tajuk Projek : Lantern Bug Coaster
2. Hadiah Pilihan Juri (Kategori Kayu) - RM 1,000.00
Muhammad Afiq bin Abd Rasid
Tajuk Projek: Kipas Tekat Perak
3. Hadiah Pilihan Juri (Kategori Seramik) - RM 1,000.00
Nur Syafikah binti Azman
Tajuk Projek: Coaster Warisan Perak
4. Hadiah Saguhati (Kategori Fabrik) - RM 500.00
Umi Fathinah binti Khuzairi (Ketua), Nurul Fadliyana binti Fadzil dan Siti Hajar binti Samad
Tajuk Projek: Lantern Bug Blanket
5. Hadiah Saguhati (Kategori Plastik) - RM 500.00
Umi Fathinah binti Khuzairi (Ketua), Nurul Fadliyana binti Fadzil dan Nurazreen binti Md Kassin
Tajuk Projek: Lantern Bug Bottle
6. Hadiah Saguhati (Kategori Seramik) - RM 500.00
Nur Najah binti Mohd Safa dan Siti Maryam Ali Yasin (Penasihat)
Tajuk Projek: Kellie's Castle Plaque
7. Hadiah Saguhati (Kategori Seramik) - RM 500.00
Nur Afini binti Ahmad Nazri dan Siti Maryam Ali Yasin (Penasihat)
Tajuk Projek: Kellie's Castle Lamp Shade
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato' Nolee Ashilin binti Dato' Mohd Radzi, Exco Pelancongan Negeri Perak di akhir majlis penutup yang telah berlangsung di Tower Regency Hotel and Apartments, Ipoh Perak. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan semoga kemenangan ini menjadi inspirasi kepada semua mahasiswa di Jabatan Seramik UiTM Cawangan Perak.
Gambar-Gambar Sekitar Pertandingan
No comments:
Post a Comment