Pada 30 Januari 2016, Pertubuhan
Orang Cacat Penglihatan Malaysia (Society of The Blind in Malaysia –SBM)
Cawangan Perak telah mengadakan satu pelancaran Kempen Aksesibiliti Peringkat
Negeri Perak. Kempen ini diadakan di ruang hadapan bangunan pejabat pertubuhan
berkenaan iaitu di Lintasan Perhentian Medan Kidd, Ipoh Perak. Pihak UiTM
Cawangan Perak telah dijemput bersama-sama menjayakan program ini.
Kempen Aksesibiliti merupakan
satu usaha pertubuhan ini menghebahkan kepada masyarakat tentang kepentingan
kemampuan kemudahan persekitaran termasuk bangunan (luar dan dalam), produk,
alatan teknologi, pengangkutan dan seumpamanya, berupaya berfungsi untuk
kegunaan golongan orang kurang upaya (OKU). Kempen ini diperlukan untuk
mendidik masyarakat supaya sedar tentang keperluan kemudahan untuk golongan OKU
ini. Kesedaran ini diperlukan memandangkan ramai masyarakat Malaysia masih
tidak memahami dan mengambil sikap sambil lewa apabila berada atau melalui
kawasan dan ruang kemudahan golongan OKU, seperti tempat parkir khas OKU dan
tactile pavement untuk OKU penglihatan.
No comments:
Post a Comment