Thursday, August 19, 2010

Silver untuk Jabatan Seramik, FSSR, UiTM Seri Iskandar

Pertandingan IID Kedah 2010 yang berlangsung pada 27-29 Julai 2010 telah menutup tirainya dengan membawa kecemerlangan pada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Seri Iskandar. Pensyarah Baru Zulkarnian bin Hassan telah memberi pingat Perak kepada Jabatan Seramik khasnya melalui projeknya bertajuk "THE POTENTIAL OF SOLID WASTE MATERIAL TO BE USED AS PART OF THE MIXTURE IN REDUCING WEIGHT IN MAKING OF LARGE PLASTER MOULD".


Melalui kemenangan ini, projek tersebut sekali lagi dipertandingkan untuk IID Shah Alam yang bakal berlangsung di Dewan Sri Budiman pada 12-14 Oct 2010. Semoga dengan kejayaan ini dapat menyuntik semangat baru kepada para pensyarah Jabatan Seramik untuk meneruskan tradisi "BERINOVASI".