Tuesday, September 23, 2014

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN KEPADA PELAJAR DIPLOMA SERAMIK SEMESTER JUN - NOVEMBER 2014

Sunday, August 17, 2014

Team Building Seramik -

Pada hari Ahad yang lalu (10/8/2014), Jabatan Seramik telah mengadakan aktiviti 'Team Building' bertempat di Teluk Batik, Lumut. Program di hiasi dengan aktiviti santai pelajar - pelajar dan turut disertai oleh para pensyarah jabatan seramik.

 
 

 

 

 

 

 


 

Monday, August 4, 2014

Lawatan ke Johor Darul Takzim

Pada 20-23 Jun yang lalu, seramai 15 pelajar semester 02 telah mengadakan lawatan akademik ke Johor. Beberapa tempat khususnya yang melibatkan perusahaan seramik telah dilawati seperti Claytan Industries (pipes), Claytan Fine China (tableware) JPC-Intan (sanitaryware), White Horse Ceramic World, AW Pottery, Johor Craft dan Pusat Kraftangan Johor . Pensyarah yang mengiring pelajar adalah En. Zulkarnian b. Hassan dan En. Shamshuri b. Jamaludin.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Jabatan Seramik mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga seramik. Maaf zahir dan batin.

Thursday, July 10, 2014

iidex 2014 - UiTM Shah Alam 27-30 April 2014.

Tahniah kepada peserta iidex2014 dari UiTM Perak yang telah menyertai pertandingan ini dengan jayanya. Dari jabatan seramik, beberapa kumpulan telah menyertai pertandingan ini.



Kategori Inventor/ Invention

Tajuk Projek: A New Direction in Study an application of Trong Clay and srAl2O4:Eu2+,Dy3+ persistent phosphor (Emas)
Ahli : Dr. Nornazida bt. Awang (Ketua)
          Dr. Salwa bt Ayob
          Mohd. Shahrol Hanafi b. Mohd Raffie
          Siti Norhashimah bt. Suman
          Mohd. Saleh b. Abd Wahab

Kategori Inventor/ Innovation

Tajuk Projek: Preservation for The Last Singgora (Perak)
Ahli : Zulkarnian b. Hassan (Ketua)
 
Tajuk Projek: Artableware Towards New Lifestyle (Gangsa)
Ahli : Mohd. Saleh b. Abd Wahab (Ketua)  

Monday, April 7, 2014

PAMERAN DIPLOMA JABATAN SERAMIK SESI NOVEMBER 2013 - APRIL2014

Pameran Diploma Jabatan Seramik akan diadakan pada 10-11 April 2014 (Khamis dan Jumaat). Dijemput semua untuk hadir ke pameran ini yang diadakan di bilik TEC104, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Perak.






Sunday, March 23, 2014

Selamat Menduduki Peperiksaan

Kepada pelajar seramik, diucapkan selamat menduduki peperiksaan yang bermula pada 24/3 sehingga 11/4/2014. Semoga mencapai keputusan yang cemerlang pada peperiksaan kali ini.

Friday, March 21, 2014

Selangkah ke UiTM di RTC Gopeng

Jabatan Seramik dan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka akan berada di khemah yang disediakan di RTC Gopeng bagi tujuan memberi maklumat yang lebih tepat tentang kursus yang ditawarkan dalam pengajian dan prospek kerjaya melibatkan Jabatan Seramik dan FSSR umumnya. Bagi pelajar lepasan SPM yang berminat,  datanglah ke RTC Gopeng pada 22 dan 23 Mac 2014 bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Wednesday, February 26, 2014

Tahniah kepada peserta dan pemenang pertandingan rekacipta Bahan Kitar semula.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang pertandingan rekacipta bahan kitar semula dari jabatan seramik sempena bulan inovasi UiTM Perak. semoga semangat untuk bertanding diteruskan dimasa akan datang.

Sebahagian pemenang Pertandingan Rekacipta.

Fun With Clay di Jabatan Seramik.

Bertempat di Bengkel Seramik, diadakan program 'Fun With Clay' anjuran Persatuan Jabatan Seramik. Bertarikh 13 Februari, program yang terbahagi dua sesi ini melibatkan murid - murid dari Tadika Perpaduan Seri Iskandar dan Sekolah Kebangsaan Seri Tronoh.

Sepanjang program dengan bantuan AJK Persemi dan pelajar Seramik, murid - murid diberi pendedahan tentang tanah liat dan cara memanipulasi tanah liat untuk membentuk objek.







Beyond 14

Pada 6,7 dan 8 Februari yang lalu berlangsungnya program Beyond 14 anjuran FSSR dan PORT (People of Remarkable Talents). Bertempat di Koloni Karyawan Aman Jaya, Port, Ipoh, aktiviti selama 3 hari ini diisi dengan program latihan yang melibatkan Jabatan Seramik (6/2), Fesyen (7/2) dan Fotografi (8/2).

Pada 6/2/2014, Jabatan Seramik menawarkan latihan Ceramic Creative hand built, Ceramic decorative technique dan Ceramic Industrial Slip Casting technique.

Team Building - Be An Excellent Thru

TEAM BUILDING JABATAN SERAMIK.
TARIKH   :  17 - 19/1/2014
TEMPAT  :   KEM INTAN SURAYA, SUNGAI SIPUT.

Syabas kepada En. Mohd Saleh selaku pensyarah penasihat persatuan seramik (PERSEMI) bersama Ajk persatuan yang telah bertungkus lumus menjayakan team building Jabatan Seramik yang julung - julung kali diadakan ini. Para peserta yang terdiri dari pelajar Jabatan Seramik seramai 50 orang berkumpul do Foyer FSSR dan bertolak pada pukul 8.30 pagi.

Aktiviti team building melibatkan pembinaan jati diri, kerjasama dalam satu kumpulan, innovasi, peluang kerjaya dan kesedaran insaniah.

Turut diselitkan dalam program ini adalah majlis jamuan makan malam jabatan pada 18/1 yang bertemakan 'percutian alam rimba'.











Lawatan Akademik sempena Ikon Perak 2014

Lawatan ini melibatkan pelajar - pelajar seramik semester 05 dan 01. Antara tempat yang dilawati Kellie's Castle, Taman Herba di Gopeng, Gua Tempurung dan Kapal Korek. Lawatan ini bersempena dengan tema projek pelajar yang berkisar tentang ikon di negeri Perak. Lawatan yang diadakan pada 19 Disember 2013 yang lalu turut disertai oleh Puan Siti Norhashimah dan En. Mohd Saleh sebagai pensyarah pengiring.

Di hadapan Bangunan Kellie's Castle
 

Di Pintu Masuk Gua Tempurung

Lawatan Akademik Ke Jerantut, Pahang

Pelajar Jabatan Seramik Semester 3 telah menyertai lawatan ke Jerantut Pahang pada 13 - 16 Disember 2013 yang lalu. Selama 4 hari itu, pelajar berkampung di Temin Kraf, sebuah pusat penghasilan seramik tradisional di Jerantut bagi mempelajari kaedah penghasilan seramik tradisional Pahang yang terkenal - Terenang. Pada hari terakhir, pelajar dibawa ke Taman Negara.

Sunday, January 26, 2014

iiDEX 13 STUDENT EDITION - Innovateur Wannabe.

Tahniah kepada Pelajar Jabatan Seramik kerana mengondol Hadiah Saguhati di iiDEX 13 SE Innovateur Wannabe UiTM Shah Alam yang telah berlangsung pada 9-10 Dis 2013.
 
Maizatul Azira, Sharifah Nadhira Syaza dan Nur Aimi Syahira berserta 
En. Zulkarnian sebagai penasihat bergambar bersama Dr. Saabriza
  

Keputusan NIID 2013. Syabas Jabatan Seramik UiTM Perak.

Tahniah kepada peserta NIID2013 yang telah berlangsung pada 11 dan 12 Disember 2013 yang lalu. Sebanyak 6 penyertaan dari Jabatan Seramik telah didaftarkan.
berikut adalah senarai projek dan pingat yang diperolehi.

Kategori Pensyarah

Tajuk Projek: Artableware lifestyle (Emas)
Ahli : Siti Maryam bt. Ali Yasin
          Nurul Shima Taharuddin
          Muh Sarip b. Abd. Rahman
          Azlan Zainal
          Mohd. Saleh b. Abd Wahab

Kategori Pelajar

Tajuk Projek : Perak Herritage Plate - Kelarai Series (Emas)
Ahli : Nur Saiyidah Syahirah Abd. Malek
          Nazihah bt. Abd. Khadir
          Noorizzati bt. Shariffuddin
          Muhammad Syafiq Syabil b. Mokhtar
          Mohd Shahrol Hanafi b. Mohd Raffie (Penasihat)

Tajuk Projek : Lightheraphy (Perak)
Ahli : Abd. Taqif Hasif b. Abd. Malek
          Suraina bt. Isahak
          Wan Noor Najihah bt. Hamzah
          Mohd Saleh b. Abd. Wahab (Penasihat)

Tajuk Projek: Easy Fruity (Gangsa)
Ahli : Muhammad Azamuddin Darwisy Mohd. Sapii
          Winniefred Luong Anak Sumping
          Nursyahirah Amirah Sabdin
          Hassan Al-Kusyaire b. Hassan Nabawi
          Zulkarnian b. Hassan (Penasihat)

Tajuk Projek: Le Flexmic (Gangsa)
Ahli : Maizatul Azira bt. Jalal
          Mohamad Azrul Hafizi b. Selamat
          Nur Aimi Syahira bt. S. Abdullah
          Siti Nurul Ain bt. Husein
          Zulkarnian b. Hassan (Penasihat)

Tajuk Projek: The Avatar Jar (Gangsa)
Ahli : Norfazila bt. Harun
          Nur Ainza Adinah bt. Abd. Holed
          Siti Hajar bt. Ismail
          Nurul Khanisah bt. Mat Salleh
          Zulkarnian b. Hassan (Penasihat)

Tahniah kepada pensyarah dan pelajar yang terlibat. Semoga kejayaan ini terus menjadi pembakar semangat kepada pelajar - pelajar seramik untuk memasuki pertandingan akan datang.

Thursday, November 7, 2013

Karnival Halal Tech, Tambun

Karnival Halal Tech telah berlangsung pada 25, 26 dan 27 Oktober yang lalu. Program anjuran MARA ini berlangsung di Halal Park, Tambun , Ipoh.