Monday, October 17, 2016

Pameran Diploma Seni Lukis dan Seni Reka Seramik, Peperiksaan Oktober 2016


Masuk adalah percuma. Dibuka kepada awam dan semua dijemput hadir.

Mahasiswa Jabatan Seramik Membawa Pulang Hadiah Lumayan Pertandingan Reka Bentuk Cenderamata Sempena Tahun Melawat Perak 2017

1 Oktober 2016, Pertandingan Reka Bentuk Cenderamata Sempena Tahun Melawat Perak telah sampai ke kemuncaknya dengan menyaksikan mahasiswa Jabatan Seramik UiTM Cawangan Perak telah membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM7,000. Kesemua mahasiswa ini merupakan pelajar-pelajar tahun akhir yang akan menghadapi penilaian akhir diploma tidak lama lagi. Kumpulan yang terdiri daripada Umi Fathinah binti Khuzairi (Ketua), Nurul Aizatti Hanna Mohd Soib dan Hazziqah Zaha Zainuddin telah memenangi Hadiah Utama bagi kategori produk seramik yang bernilai RM3,000. Projek mereka yang diberi nama Lantern Bug Coaster telah berjaya memenangi kategori itu. Manakala dua lagi projek Umi Fathinah sebagai ketua kumpulan juga memenangi hadiah saguhati RM500 setiap satu untuk kategori fabrik (Lantern Bug Blanket) dan plastik  (Lantern Bug Bottle).

Manakala pelajar Jabatan Seramik yang lain, Muhammad Afiq bin Abd Rasid telah memenangi Hadiah Pilihan Juri bagi kategori kayu yang bernilai RM1,000. Bagi kategori seramik juga, Nur Syafikah binti Azman memenangi hadiah pilihan juri dengan membawa pulang hadiah berjumlah RM1,000. Dua lagi produk seramik oleh Nur Najah Mohd Safa (Pn Siti Maryam Ali Yasin sebagai penasihat) dan Nur Afini binti Ahmad Nazri (Pn Siti Maryam Ali Yasin sebagai penasihat) telah memenangi RM500 setiap satu.

Berikut adalah senarai pemenang dari Jabatan Seramik UiTM Cawangan Perak:

1. Hadiah Utama (Kategori Seramik) - RM 3,000.00
Umi Fathinah binti Khuzairi (Ketua) Nurul Aizatti Hanna Mohd Soib dan Hazziqah Zaha Zainuddin
Tajuk Projek : Lantern Bug Coaster

2. Hadiah Pilihan Juri (Kategori Kayu) - RM 1,000.00
 Muhammad Afiq bin Abd Rasid
Tajuk Projek: Kipas Tekat Perak

3. Hadiah Pilihan Juri (Kategori Seramik) - RM 1,000.00
 Nur Syafikah binti Azman
Tajuk Projek: Coaster Warisan Perak

4. Hadiah Saguhati (Kategori Fabrik) - RM 500.00
Umi Fathinah binti Khuzairi (Ketua), Nurul Fadliyana binti Fadzil dan Siti Hajar binti Samad
Tajuk Projek: Lantern Bug Blanket

5. Hadiah Saguhati (Kategori Plastik) - RM 500.00
Umi Fathinah binti Khuzairi (Ketua), Nurul Fadliyana binti Fadzil dan Nurazreen binti Md Kassin
Tajuk Projek: Lantern Bug Bottle

6. Hadiah Saguhati (Kategori Seramik) - RM 500.00
Nur Najah binti Mohd Safa dan Siti Maryam Ali Yasin (Penasihat)
Tajuk Projek: Kellie's Castle Plaque

7. Hadiah Saguhati (Kategori Seramik) - RM 500.00
Nur Afini binti Ahmad Nazri dan Siti Maryam Ali Yasin (Penasihat)
Tajuk Projek: Kellie's Castle Lamp Shade

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato' Nolee Ashilin binti Dato' Mohd Radzi, Exco Pelancongan Negeri Perak di akhir majlis penutup yang telah berlangsung di Tower Regency  Hotel and Apartments, Ipoh Perak.  Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan semoga kemenangan ini menjadi inspirasi kepada semua mahasiswa di Jabatan Seramik UiTM Cawangan Perak.

Gambar-Gambar Sekitar Pertandingan