Thursday, July 18, 2013

Lawatan akademik Semester 1, Jabatan Seramik ke Melaka.

Pada 5 - 7 Julai yang lalu, pelajar semester 1 Jabatan Seramik telah mengadakan lawatan ke Melaka. beberapa tempat telah dilawati seperti Bendang Studio dan kraftangan Melaka di Alor Gajah, Subra Enterprise di Jasin serta Balai Seni Lukis  Negeri Melaka dan muzium - muzium disekitar bandar Hilir.

Bendang Studio adalah milik Rozana Musa, seorang graduan lulusan seramik, UiTM. selain dari menghasilkan karya seni seramik. Beliau turut menghasilkan pelbagai barangan seramik yang menarik serta cenderamata untuk jualan. Usaha gigih beliau patut dicontohi oleh semua pelajar seramik.





 Alamat : Km 20 Kampung Sungai Petai 
 78000 Alor Gajah, Melaka.
 
 
 
 



Antara produk seramik yang dihasilkan di Subra enterprise.
 

Wednesday, July 10, 2013

Kenali tokoh : Prof. Madya Faridah Mohd. Yusoff


Nama : Professor Madya Faridah Mohd Yusoff
Pendidikan:
1973      Diploma art and Design (Pottery & Ceramic), Institut Teknologi Mara.
1978      Certificate Ceramic Engineering, Nagoya International Training     Centre, Nagoya, Japan.
1984      MFA (Ceramic) 1984, Ohio University Athens, Ohio, USA
1990      Diploma Penterjemahan,  Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Pameran:
2007       ‘Kasih Tanah’ Pameran Solo, Galeri Seni UiTM Perak
2007        Pameran Seramik Kontemporari Antarabangsa, Balai Seni Visual Negara, K. Lumpur.
2006        Asean Ceramic Workshop, Galeri Seni UiTM Perak
2006       Selsius, USM, The Souq, Putra Jaya.
2005       Selsius USM, Galeri Adiwira, USM
2004        Kami 2, Galeri Seni UiTM Perak
2004        Imejan, Badan Warisan Malaysia, Kuala Lumpur.
2004        Dewicitra, Galeri Shah Alam
2004        Ilham: Inspirasi Dari Alam, Galeri Seni UiTM Shah Alam
2003        Formalisma Tampak Dalam Seni Khat& Seni Tampak Malaysia, Galeri Kris Mas Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Kuala Lumpur
2002         Ilham, Galeri Shah Alam
2000         Rain Forrest, Hotel Hilton Kuala Lumpur.
1999         Tunas, Artist Space Hotel Concord, Kuala Lumpur
1999         Seni Islam Kontemporari, Pembaharuan dan keseimbangan, Balai Seni, Menara Maybank,  Malaysia
1998        Clay Expressions, Holiday inn, Shah Alam
1997        On Our Own Tradition and Change, Galeri Petronas, Kuala Lumpur
1996        Ceramic Exhibition Central Art Academy, Kuala Lumpur
1996        MJCAX, 1996 National Art Gallery, Nagoya, Japan
1994        MJCAX, National Art Gallery, Kuala Lumpur
1993        To Be in Touch With Clay, Cera Gallery, Nagoya, Japan
1993        Down To Earth, Cera Gallery, Nagoya, Japan
1993        Ilham, Galeri Petronas, Kuala Lumpur
1993        Manifestasi Jiwa Islam dan Seni RupaMalaysia Sezaman, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur
1992        Clay Works , Japan Culture Centre, Kuala Lumpur
1991        International Cloth, Clay and Wood, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur
1985        Faculty Show, Daya Bumi, Kuala Lumpur
1984       International Ceramic, Ohio University, Athens, USA
1984       Three Asian Artist, Muskingham Colledge, New Concord, Ohio, USA
1979       Pameran Fakulti, British Counsil, Kuala Lumpur.


Tajuk: Fluctuation II, Bahan : Porselin, Tahun: 2006


Tajuk: Sinar, Bahan: Porselin, Tahun: 2006

Tajuk: Moving on, Bahan: Porselin, Tahun: 2006

Tajuk: Untittled, Bahan: Porselin, Tahun: 2006


Tajuk: Untittled, Bahan: Porselin, Tahun: 2006


Tajuk: Fluctuation IV, Bahan: Porselin, Tahun: 2006



Tajuk: Formation X, Bahan: Porselin, Tahun: 2006


Selamat Berpuasa

Jabatan Seramik UiTM Perak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat khususnya kepada tenaga pengajar, pelajar dan alumni Jabatan Seramik. semoga dibulan yang mulia ini diberi keberkatan oleh Nya. ....amin.

Saturday, July 6, 2013

Lawatan Akademik Semester 5, Jabatan Seramik ke Inhesion (M) Sdn. Bhd. Klang dan Galeri Tuanku Zahirah, UiTM Shah Alam.


 
Pada 4 Julai yang lepas, pelajar semester 5, Jabatan Seramik telah mengadakan lawatan ke Inhesion (M) Klang dan UiTM Shah Alam. Seramai 47 orang pelajar dan dua pensyarah pengiring mengikuti lawatan ini. Inhesion (M) Sdn. Bhd. merupakan sebuah kilang yang menghasilkan produk 'tableware' yang menggunakan tanah liat porselin sebagai bahan utama. Kilang ini beroperasi di Meru, Klang.

Pada pukul 3.30 ptg, para pelajar berkunjung ke Galeri Tuanku Zahirah, UiTM Shah Alam untuk melihat hasil karya pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seramik.

Antara calon Ijazah Sarjana Muda Seramik yang ditemui berserta karya yang dihasilkan.