Tuesday, November 2, 2010

Persatuan Seramik dan Pelajar Cemerlang 2010


Sekalung tahniah kepada pelajar Jabatan Seramik UiTM Perak, Muhd Tashrik Othman diatas penerimaan Anugerah Siswazah Harapan di Majlis Anugerah Kecemerlangan pelajar UiTM Perak 2010. Tahniah sekali lagi dan diharapkan dengan kemenangan ini, beliau menjadi contoh kepada pelajar lain dalam meningkatkan usaha menuju destinasi yang diimpikan.

Di samping kemenangan itu, Persatuan Jabatan Seramik UiTM Perak, PERSEMI turut menggondol 3 anugerah cemerlang iaitu:

1. Anugerah Khidmat Masyarakat dan Sosial 2010
2. Anugerah Inovasi 2010
3. Anugerah Keusahawanan 2010

Semoga kemenangan ini membuatkan Staff dan pelajar semakin maju dan berdaya saing.
Tahniah Jabatan Seramik