Monday, December 7, 2009

Pensyarah dan Pelajar Jabatan Seramik UiTM Memenangi Pingat Gangsa di SIIF 2009, Seoul Korea Selatan






Projek inovasi pelajar yang telah dihantar bertanding ke Seoul International Invention Fair 2009 (SIIF 2009) telah memenangi pingat gangsa. Pertandingan inovasi peringkat antarabangsa ini telah disertai lebih 400 penyertaan dari pelbagai negara. UiTM telah menghantar 10 produk inovasi untuk dipertandingkan. 8 produk daripada penyelidik UiTM Shah Alam, 1 produk dari UiTM Jengka Pahang dan 1 produk dari UiTM Perak. Hanya projek daripada UiTM Perak sahaja yang telah menghantar produk inovasi daripada projek diploma pelajar dan yang selebihnya adalah projek inovasi daripada pensyarah pelbagai fakulti. Projek pelajar yang bertajuk Ceramic Fresh Fruit Bowl (CFFB) ini yang telah memenangi pingat perak di dalam dua pertandingan inovasi diperingkat kebangsaan.

Berdasarkan penyertaan UiTM ke SIIF 2009 ini sebanyak 10 produk penyelidikan ini, UiTM telah berjaya membawa pulang 2 pingat emas, 5 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Penyelidikan CFFB ini telah banyak mendapat pujian daripada pelbagai pihak industri antarabangsa serta terdapat juga pihak yang ingin berkerjasama secara serius untuk menghasilkan produk CFFB in secara industri untuk pasaran Asia dan Eropah.

Untuk makluman semua sekali lagi bahawa penyelidik projek CFFB ini ialah Syaza Abdul Rahim (kini pelajar Sarjana Muda Kepujian Seramik semester 03) dan Penyelia Projek ialah En. Mohd Khairi Baharom telah dihantar bertanding ke SIIF 2009 ini yang bermula pada 3 hingga 7 Disember 2009.

Terima kasih kepada pihak Jabatan Seramik UiTM Perak dan Shah Alam, Dekan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka serta UiTM yang memberikan bantuan serta dorongan kepada penyelidik-penyelidik ini. Semoga kejayaan ini akan memberikan inspirasi kepada semua warga pelajar dan staf di Jabatan Seramik untuk terus menghasilkan produk seramik yang berinovasi serta berkualiti tinggi.